Assalamualaikum,
Kali ke dua ke kenyir, kali ni datang untuk ikut FM join snakehead battle, Plan gerak awal pagi jumaat ke tasik kenyir. Petang kami sampai kuala berang, singgah makan dan terus ke pengkalan gawi.
Houseboat kitorang sampai lambat, tunggu punya tunggu 7pm lebih baru houseboat muncul, terus angkut barang semua. Lepas tu terus makan time!
Menu: ikan patin tempoyak
Lepas makan terus naik houseboat, pasang movie kat laptop. Mima pun terus tido sebab kan siang dalam kereta sepanjang hari & tak boleh nak tido. Teman FM bawak kereta. Memandangkan mima & kak nad je isteri-isteri yang ada , jadi esok plannya kami akan dibawak ke santuari kelah. Dah isi nama dalam borang. Kita tengok la aktiviti esok ni seronok ke tak. sebab second time pegi jadi duk pikir macam mana la nak berjalan dengan budak-budak ni. FM tentu-tentulah tak da dengan mima esok
Day 2
4.00pagi - Firash jatuh dari katil, aduh naseb la tak da ape yang teruk cuma tangan berdarah, pipi bercalar. Dah letak gamat & celemine, dia tido balik. yang tak boleh tido balik maknya ni. bukak la movie layan movie. nak sambung buat kerja macam nanti-nantilah
7.00pagi - Fm dah bersiap-siap naik boat, mima pikir nak sambung tido lepas tu, tup tup kak nad bagitau boat pukul 9.30pagi ke santuari kelah, terus kejut kids bangun. tukar baju, masuk barang dalam bag. terus turun ke jeti, boat ready
Kids safety jacket tu kitaorang beli kat facebook, RM50 untuk dua, murah kan. walaupun second tapi in good Quality lagi plus Jimat
Mima just pakai safety jacket yang boat sediakan je. hehe dari Pengkalan Gawi ke Santuari Kelah tu amik masa dalam 45 - 30 minit, dengar taklimat sekejap dalam 10 minit, beli makanan ikan lepas tu boat bawak kami ke Hentian 1, disini la bermula perjalanan 45 minit lagi ke tempat ikan tu.
Kali ni sampai je lepas jambatan gantung, ade jual snack burger, air, nugget tapi tak banyak pilihan la, boleh la berehat sekejap sebelum nak sambung perjalanan ke tempat ikan tu.
Kids biasa la memang banyak alasan "adik penat la" "kaki berat la" "abang tak nak" layan je la ape perangai sorang-sorang. Sampai je kat tempat ikan tu, mula nak masuk dalam sungai tu macam geli - geli jugakla kaki ikan tu mcm ikan zombi ikut kt , sedut-sedut kaki, ada pulak yang baling makanan ikan kat kaki kitaorang jadi ikan tu lagi la jd banyakkkkkkkkkkkkk
Farrel nangis, firash try nak calm down, a few minute main ngan ikan pun farrel still nangis, lama jugak kitorang kat tempat ikan tu, dari ramai orang sampai orang tak da. bila dah tak da mima try la main tangkap ikan tu pakai baju, masa tu farrel baru boleh nak main ngan ikan tu
Ikan tu tak mengigit pun cuma geli dia mcm menyedut-nyedut, huhuhu. Sudahnya ajak balik, masing -masing tak nak balik. udah la nak kena jalan balik ke boat 45 minit lagi hahahaha memang jalan balik tu ada yang berdukung, ada macam kena tinggal nak melayan untuk sampai ke boat tu alahai jenuhnyaaaaa
naik je boat, memasing lena tidur. kami sampai ke houseboat makan tengah hari siap
Menu: Nasi Ayam
2.00pm sampai houseboat, makan. kids dah tak sambung tido pulak, bila atas air ni yang kita risaukan ade yang terjun dalam air ni kang, haha. ampun mamy paranoid berlebih-lebih & always remind firash farrel, jangan keluar bilik. lepas makan lepak dalam bilik, bila siang dalam bilik ni panas tapi dalam houseboat ni ada letrik, kids mima pasang kan movie kat laptop
Hari kedua ni dorang park houseboat di lokasi yang tak da internet, so internet "NO SERVICE" jadi krik krik bila nengok phone, mampu ambik gambar je la pastu menunggu FM balik dari memancing
Malam, kids pun tido awal, jadi nya makan lepas tu mima pun sambung la tido sama
6.00pagi, FM bangun mandi siap & breakfast sama-sama, lepas tu dia terus naik boat pegi memancing lagi. untuk hari ni memancing sampai pukul 11pagi je, lepas tu ada bagi hadiah, lucky draw & balikkkkkkkkkk
dari port bermalam houseboat tu nak ke Pengkalan Gawi ni 3jam, mula-mula macam tak caya ye ke ni? rupannya memang betul pun, kalau naik boat laju tu dalam 1jam setengah. boat gerak dalam pukul 3ptg, sampai pengkalan gawi pukul 6ptg
lepas tu mikir nak sambung perjalanan lagi ke subang bestari, mampu ke tak ni?
last kami stop perhentian gombak, tertidur sampai kul 7pagi.
Till we meet again Tasik Kenyir, Terengganu
*Sesuai untuk orang yang nak back to nature, yang nak kan ketenangan
*Akan datang nti ada tempat shopping bebas cukai
Comments
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates
worldtechnologyupdates