Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2018

TRAVEL 2018 | Kenyir Snakehead Battle VII

Assalamualaikum, Kali ke dua ke kenyir, kali ni datang untuk ikut FM join snakehead battle, Plan gerak awal pagi jumaat ke tasik kenyir. Petang kami sampai kuala berang, singgah makan dan terus ke pengkalan gawi. Houseboat kitorang sampai lambat, tunggu punya tunggu 7pm lebih baru houseboat muncul, terus angkut barang semua. Lepas tu terus makan time! Menu: ikan patin tempoyak Lepas makan terus naik houseboat, pasang movie kat laptop. Mima pun terus tido sebab kan siang dalam kereta sepanjang hari & tak boleh nak tido. Teman FM bawak kereta. Memandangkan mima & kak nad je isteri-isteri yang ada , jadi esok plannya kami akan dibawak ke santuari kelah. Dah isi nama dalam borang. Kita tengok la aktiviti esok ni seronok ke tak. sebab second time pegi jadi duk pikir macam mana la nak berjalan dengan budak-budak ni. FM tentu-tentulah tak da dengan mima esok Day 2 4.00pagi -  Firash jatuh dari katil, aduh naseb la tak da ape yang teruk cuma tangan berdarah, p