20 September 2016

Travel 2016 | Rockbund Fishing Chalet

Hye Korang,
Assalamualaikum

Rata-rata semua orang dah plan bercuti untuk 16/9/2016 hari malaysia. FM reminder tanya nak pegi mana-mana tak. cuti dari hari jumaat - ahad. Duk bukak FB tengok orang post pasal tempat ni Rockbund Fishing Chalet, Jadi mima pun google la untuk cari more info. Lepas tu check booking.com tengok ada kosong ke tak.

Kebetulan ada kosong satu bilik untuk tarikh tu jadi whatsapp FM untuk confirm kan booking tempat tu hah. memang selalu urusan booking membooking ni kerja mima la.Tapi duit FM ler hehehehe. Pastu bila FM cakap ok. mima pun terus booking je

Tempat ni kalau rate cuti sekolah & weekend untuk satu malam MYR 380, kitaorang ambik untuk 2 malam. Jeling FM ok tak ok tak sini. FM cakap tak pa la penat keja sekali sekala nak bercuti, bercuti betul-betul.

Beberapa hari sebelum nak ke RFC , FM tanya nak tukar tempat tak ke PD ke ceyh ceyh padahal orang tu dah excited sangat sampai beli 4 pancing. lagipun banyak kali FM cakap nak pancing nak pancing tapi tak de pancing acana nak memancing nye ntah

Sebelum sampai ke RFC kita singgah dulu di manjung untuk beli umpan. kalau waze " A2A " akan keluar a2a fishing shop, memang rata-rata orang kalau nak mencari umpan udang hidup memang dorang ke sini, ada jual peralatan memancing dan FM cakap murah

Kemudian kita terus je ke RFC. Dorang bagi first chalet hahahahahaa ala takmo takmo kami nak chalet hang belang-belang tuh, nak feeling Ausie hahaha tapi harapan punah lagipun FM takmo layan mima nak mintak tukar chalet tu lagipun PENUH ye PENUH.

Sebelum bergerak dari KL kita mintak mak masak sambal sadin dan telur dadar, jadi tu makan malam kita lah dengan angin sepoi -sepoi gitu kan. cakap dalam hati tak pa lah tak dapat chalet belang-belang. Dapat datang sini pun syukur suda

RFC ni tempatnya tak luas pun tapi dikira macam private jugak tapi orang ramai boleh masuk mungkin sebab tempat ni tengah viral jadi orang jadi tempat port bergambar, tapi hati-hati pkul 12pm guard tutup pagar sebab tak nak bagi orang luar masuk memancing sini. luar pagar boleh memancing tp kena bayar gitu

Kebanyakkan yang datang sni check in satu malam je. jadi jiran sebelah bertukar-tukar gitu. haha sapa suh duk lama-lama kat situ kikikiki

Satu chalet ada 2bilik, max satu chalet tu 8orang tau kira berbaloi buat yang datang ramai-ramai. tapi tak berbaloi la kalau satu rumah tu ramai pemancing. bayangkan fm je 4pancing, jiran sebelah lagi kalau satu rumah banyak kaki pancing ha sudah! sempit haha

2 malam kat sini fm dapat ikan kerapu bodoh (bodoh sebab takut nak makan sebab orang kata ada bisa) , ikan pari dan baby shark. tapi yang baby shark tu kami bagi lepas balik la sebab kecik lagi kan. Feedback FM dia kata berbaloi la sebab dia pun tengah kemaruk nak memancing jadi dari dia sampai tak ada nya dia bergerak ke mana-mana. kat tempat memancing tu je hah

Info
KEDAI BELI UMPAN HIDUP
A2A Fishing Sport - boleh waze A2A, kedai ni kat manjung

ADA IKAN KE KAT SITU
Memancing ni pada mima ikut luck jugak. Jiran sebelah dapat ikan siakap besar oo memang rezeki dia. tapi memancing situ kena bawak banyak batu ladung sebab pancing asik sangkut

BOOKING CHALET MACAM MANA
Boleh try di booking.com atau call/whatsapp +6016 559 0488


ok jom la layan video, tapi banyak muka mima la hahaha

30 August 2016

Publika Jazz 2016

Hye korang,

Dulu masa baru kenal, masa - masa bercinta FM selalu bukak lagu - lagu jazz yang jiwang karat macam band Maliq & D'Essential , tompi , Abdul and the coffee theory & banyak lagi la. Disebabkan mima pun memang layan lagu yang tak stress yang macam mocca macam budget tak ada masalah dunia budget gadis comel hahahaha...



Satu hari FM tag mima kat facebook ajak pergi Publica Jazz 2016 ni sebab ada Abdul and The Coffee Theory, yang best nya ni kali pertama band ni datang ke malaysia and perform.Bukan main semangat la FM. setiap hari ingatkan mima pasal event ni hah

Kids pulak kitaorang letak kat rumah mertua, hihihi sorry kids mummy & daddy nak dating la hari ni tau

Sampai je publika orang memang ramai, kitaorang pun duk la berdiri kat mana meja kosong, sementara orang nak bagi kan kerusi extra.huhu FM bagitau dalam 10pm baru band Abdul & The Coffe Theory perform. Layan dulu la band lain pun best-best jugak

Sambil tu tengok orang keliling, bukan ape kadang kena jugak ada masa berdua ni. Boleh luang masa bersama-sama sweeeeeeet takkkk?

Lebih kurang kul 10pm bila band yang ditunggu-tunggu perform FM macam tak senang duduk dah. terus pindah duk depan sikit berdiri pun tak kesah la sanggup!


Yang slalu tengok kat youtube suara sama dengan live! best-best memang enjoy.

Habis Abdul & The Coffee Theory nyanyi kami pun terus bergerak pulang amik kids semula. yang penting best!

^Tq sudi baca

Wet World | Shah Alam

Hye Korang,



Disebabkan kesihatan kids dah makin ok, kitorang dengan tak plan nya bercadang nak bawak byash pergi swimming, sebab kan haritu nak pergi tapi tup2 dapat tau dorang kena virus HMFD, kena kuarantin terus. Menangis-nangis jugak la byash haritu sebab kan mima asik cakap nak bawak swimming.

Pagi bangun, tapi duk blur antara nak balik kampung or nak berjalan-jalan je, tu pun lambat nya nak buat keputusan nak kemana.haha soorry kids

Mima duk banyak kali cakap jom wet world sebab dekat, lepas tu dah google dah pasal wet world shah alam ni. setakat yang mima jumpa tak ada lagi feedback buruk pasal tempat ni jadi boleh la bawak kids lagipun kita bukan cari yang terlalu banyak extreme, cuma cari yg kids boleh mandi cukup.

Disebabkan ade pengalaman pergi tempat ala2 mandi gini jadi suh FM standby duit lebih sikit la takut kang kat dalam tu ada add lain kena bayar. Nak makan lagi. nak amik loker

Sampai je kat Wet World Shah Alam, ada satu parking keta kosong, fuhhhh lega sebab paling malas nk carik2 parking hahaha, klu boleh nk parking terus dalam wet world gitu kui kui.

Harga Ticket: RM25.00(mykad) , kids pulak bawah 90cm dorang free, jimat tp byash dah sipi-sipi dah tu kena bayar  kalau datang next time hahaha apesal tinggi nau baru 2tahun byash oi


Wetworld ni nampak je macam kecik tapi bila masuk sana ade macam2 kolam, masuk sini tembus sana macam eh kat sini, masuk sini eh kluar sana macam tu hahaha....

So mima pun dengan kids kan, tak da la nak cuba yg extreme sangat, tapi FM bawak jugak la byash naik slide whirlwind escape tu takut2 berani.

Makanan pulak banyak pilihan lepas tu sedap! jadi tak payah susah-susah nak sorokkan makanan dalam bag ke ape, hehe lagipun pada mima harga nya berpatutan la kalau nak banding ade theme park ni mmg sodeh makanan nye rasa macam tak berbaloi pulak dengan harga.

Lagi satu yang best kat dalam ni banyak sangat pondok-pondok dorang panggil CABANA, mima bgtau FM next time kita datang awal nak relax2 kids boleh mandi, kt boleh chill. boleh pilih nak yang location mana. nak tepi pool, yg ala - ala atas bukit, ala - ala dlm hutan boleh pilih ikut yg korang suka tu best.

Dah have fun, byash takmo balik, dah kenyang dah mkn. Jom kita pulang

Next Time datang lagi


27/8 wet world shah alam from Rosmima Razak on Vimeo.