Skip to main content

Travel 2018|Pantai Bagan Lalang,Sepang

Assalamualaikum,


September banyak cuti panjang jadi jangan sia-siakan peluang itu, 8/9-11/9 cuti birthday agong & awal muharam. Sabtu & Ahad pagi FM dah booked dia nak pegi fishing,sampai tengah hari. Sabtu 8/9 dia balik tu ajak mima & kids ke kolam RM3 kat jugra. Nak tangkap ikan Siakap nak buat bakar untuk camping

9/9/2018, Ahad
FM pegi memancing dia, dalam tengah hari dia balik. Dalam masa sama mima pun dah bersiap-siap packing barang. Kebetulan kids bermalam rumah nenek & atuknya. So free nak buat kerja mima. FM balik dari memancing dia amik kids dan beli barang yang kena beli untuk camping(Barang Basah)

Masak sesiap dari rumah sebabnya mungkin sampai bagan lalang petang/malam. Pun still tak confirm nak bermalam kat mana sebabnya waktu cuti panjang macam ni mana-mana pun penuh. Backup plan kalau Bagan Lalang full, Boleh la terus camping di Batu 4, Port Dickson.

Menu:
Nasi lemak
Ikan Bakar Siakap
Cecah kicap
Sambal Sotong
Ikan Bilis
Timun
Air pepsi(kemain)

Sampai je cari tandas kat mana, nak cari spot yang sesuai untuk bermalam. sampai betul-betul hujung redah. Kalau boleh port tu kalau boleh park kereta sebelah lagi cun sebabnya kalau kita keluar tingalkan khemah tu, bila kita balik semula ke sarang, tak ada masalah parking.

Ciri-ciri port tepi pantai tu mestilah
1. Ada pokok
2. Selamat
3. Ada orang camping jugak area situ


Dah jumpa port elok, Angin kuat sangat pasang khemah pun macam struggle, nak pasang fly sheet lagi la shit. Jadi tukar plan tak yah pasang fly sheet. Gulung letak tepi terus. Setup meja makan untuk makan. Lapar sangat dah. Siap semua makan, Kemas barang masuk khemah dan berbaring baringan kita atas hammock dengan angin laut.

Tengok ramai orang kat pantai, air surut ni ape agaknya aktiviti malam dorang ni. Ape yang dicari hehehe.. FM cakap cari ketam, belangkas, kepah. alahai bestnya nakkk tak da ke yang nak jual kat kami malam ni. nak cari sendiri memang idak la.


FM ajak pegi isi air, semua ikut ke toilet buang la ape nak buang sambil tu basuh pinggan sekali. Akak jaga tandas tu cakap nak tutup dah kira ni bukan tandas 24jam. Lepas tu dengar-dengar ada yang kata air takda, toilet tu habiskan air dalam tangki je. Selamat dah isi air cukup la untuk keperluan esok basuh pinggan & standby kalau kids nak membuang ke ape. Balik ke khemah

Rasa macam tak da ape nak buat, masuk khemah baring sambil buat kerja kat phone, Kids bergurau sama dia kejap tu tidur. Angin sepoi-sepoi masuk khemah. Biar je terbukak khemah bagi angin masuk ke dalam.

10/9/2018, Isnin
Bangun pagi air pasang, dekat sangat dengan depan khemah, Kejut FM tanya dia nak pegi memancing ke? Pasang fly sheet, kejap je settle. Malam tadi serba tak kena kesitu susah,kesini susah hahahaha dengan angin berlawan-lawan.

Bukak phone buat kerja skit, upload gambar ke instagram. ambik video sikit. Baring dalam hammock kejap tu Firash panggil. Lahhhh dah bangun. Buat breakfast dorang sekali tong ais tak kluarkan. Korang makan je la roti dulu ye. Sementara nak tunggu dady balik



Dalam pukul 8 pagi air start surut balik, mima bawak kids jalan-jalan atas pantai kali ni lebih better la dari sebelum ni. Dorang dah boleh jalan atas pasir pantai. NO MORE CRY dah. kali ni boleh kutip siput, kutip ketam kecik-kecik

Dorang happy, Langit cerah terang menderang, balik khemah masak dan makan, Energy farrel dah lemah hehe mima pun bentang mat utk dia tidur sebelah FM, helok la situ bapaknya dalam hammock, anaknya kat lantai.


Firash macam boring, suruh dia main bola sorang-sorang tak nak pulak. layan la dia main bola. udah berjemur mak dan anak.Bawak dia tengok ketam. Rupanya kat bagan lalang ni memang ramai orang cari ketam,kepah.

Dah puas berjalan jauh, balik ke khemah firash cari group kawan-kawan. "hye, sy firash, boleh tak main pasir sama-sama" once kawan dia kata ok, firash toleh kat mima tunjuk ibu jari tanda boleh/okey. Hahahaha main la dia dengan kawan-kawan kejap group ni kejap group tu. Farrel pun dah bangun terus sambung main pasir

Petang air laut mula pasang, Ikut FM pusing jalan tempat tu tour jalan ke hujung sampai lalu paya bakau. Comel je rumah betul - betul tepi laut & rumah kecik ja. so nice kan view petang-petang kalau rumah macam tu. Jalan punya jalan FM nak fishing. Memang tak la nak tunggu dia. Kami bertiga jalan ke khemah sambil kutip kayu,nanti malam boleh buat camp fire

isi air dalam bekas, mandikan budak-budak ni dulu (nanti mima share tour our toilet camping) air yg ada ckup untuk budak-budak ni je,Selesai dorang tukar baju. kita semua keluar utk mima pegi mandi & isi air. Kami pegi ke shell sebab duk dengar orang-orang cakap air takda kat toilet.

Sebab kan siang dah berjanji nak bagi firash naik train tong tu. pegi la layan kan dia punye kehendak. layan satu kali round. Masing-masing dah puas hati. balik ke khemah makan minum. Malam ni nampak macam nak hujan sebab tak nampak bintang. Angin pun tak da. Nampak ada 2 boat penyelamat standby. FM inform kawan dia bagi tau Air pasang besar. Tak da tanda nak turun hujan mima pun tidur

11/9/2018, Selasa
Lebih kurang 5pagi mima terjaga bunyi angin kuat sangat, terus kejut FM bukak flysheet & masukkan meja ke dalam khemah. Masa ni takutnya, sebab gelap nampak pulak air laut nak pasang dah pastu pikir dekat sangat khemah dengan air. khemah pun macam nak terbang,pasir laut pun masuk la kat dalam khemah, pengalaman sungguh la

Takut punya takut, tertidur..............

Bangun je dah terang sikit, Ombak memang kuat la. berapa langkah je sampai air laut dari khemah hahaha nasib tak jaga-jaga dah dalam laut terus.


Kids bangun terus nak ke laut cari siput katanya. Prepare breakfast cum Lunch. Kemas barang camping. Mandi gerak ke area ade orang jual makanan. Beli makanan (korang try ayam goreng + spicy terbaikkkkk), air & ice cream. Dah jom pulang ke subang


Back to reality
Repair iphone/ipad/imac dengan FM >> Core.stdio
Buat Photobook Dengan mima >> Ohsweetland
Beli barang UK/US Dengan mima >> Myslondongallery
Berkongsi rezeki yang ada walaupun sikit >> Projekkongsirezeki

**Pilih port camping yang selamat,Tempat ni air pantai dia tak jernih, Sampah agak bersepah sana sini, Kalau datang untuk berkelah bawak la air jugak sikit untuk bilas kaki or badan sebab takut kalau toilet takda air

Were we go next?



Comments

URGENT LOAN said…
Do you need Personal Finance?
Business Cash Finance?
Unsecured Finance
Fast and Simple Finance?
Quick Application Process?
Finance. Services Rendered include,
*Debt Consolidation Finance
*Business Finance Services
*Personal Finance services Help
contact us today and get the best lending service
personal cash business cash just email us below
Contact Us: financialserviceoffer876@gmail.com
call or add us on what's app +918929509036

Popular posts from this blog

Senarai barang-barang bayi baru lahir dan persediaan berpantang

Assalamualaikum Hye semua Ari tu mima ternampak kat instagram ada akak ni share list untuk baby baru lahir :) jadi mima pun mintak satu copy. mengada kan? padahal boleh je cari kat google image.huhu Untuk senarai di atas sebenornye tak de lah semua benda kt kena beli. beli ikut keperluan jugak tapi dorang dah listing just ko pangkah la mana yang ko tak nak...mudah mudah mudah.com Disebabkan mima ni anak last (bongsu) jadi akak2 yang dah beranak mewariskan sesikit keperluan baby... Alhamdullilah JIMAT! dan alhamdullilah ade client yang berhati mulia bagi hamper barang2 baby....wahhhhhh JIMAT! penjimatan berganda2 korang bole copy je gambar tu secara percuma :) sebab mima pun copy saje..... Happy Happy, FM pun dah tempah set tilam baby kat kawan dia cantik dan comel... kalau berminat boleh la buat tempahan FB: UR Babies set tilam macam atas ni COMPLETE SET Tilam : 28" x 38" x 2" Bantal Kepala : 13" x 10" Bantal Peluk : 17" x 8"

Thermomix | Mula Mula Jadi Advisor Thermomix

Assalamualaikum, So sebab kan memory kat mna2 pun dah makin low & sayang gambar bakal hilang so better la kita letak kat sini as a memori selama lamanya  Mima berkerja dengan myslondongallery, disebabkan pendemic ni segala sale pun kureng so apa je peluang untuk making money kita cuba la explore. Actually kita tau pasal TM6 ni dari tahun lepas lagi tapi belum dapat nur So one day my boss anis & business partner in crime mami pon dorang bincang berdua & start TM6 Advisor Journey. Ok disebabkan my boss anis duk nunnnnnn jauh di jamaica, with time difference jadi mima la wakil dia di malaysia ni. Lagipun mima memang zero bab masak ni, nak hadap super lazer husband yang always masakan dia THE BEST dengan kata lain malas nak gadoh dan malas nak pertikaikan benda kecik ni. hehe Sooooooo ceritanyaaaa One day mami pon text "esok free boleh jumpa dekat HQ" so begitu la startnya register as Advisor. Tak tau ape Kak Anis plan but paham dia punya roller coster plan dannnnnnn

Norwex ni mahal, Harga Kayangan | Macam mana mima mula jadi consultan NORWEX

 Hye, Assalamualaikum Nak sharing cerita macam mana mima mula register NORWEX & jadi salah seorang consultant NORWEX ni. Ok kita cerita dari mula, Sekarang mima dah bukan lagi suri rumah tapi bekerja jadi one of the team Myslondongallery, Kiranya mima bekerja dengan "Personal Shopper" untuk bawak barang dari oversea ke malaysia. nanti korang boleh pegi ke group GENG CUCI MATA k untuk yang berminat nak beli barang branded original dengan harga kasih sayang. OK, bila start musim covid our biznes pun turut terjejas ye. Terjejas dan terkesan teruk tapi kami still positif dan berharap hal covid ni berlalu cepat dan pantas untuk kami bangkit dan recover. Macam tu la berniaga. Mima banyak belajar hal Biznes sambil bekerja dengan MLG ni. Start dengan NORWEX ni sebab our big boss memang fikiran dia macam ROLLER COASTER. tiba-tiba October dia mintak detail untuk register & kami macam biasa just follow the flow without knowing NORWEX tu ape? kami team MLG kenal NORWEX ongoing s