Skip to main content

Travel 2018|Campsite The Nahara,Kalumpang

Assalamualaikum,


Lepas je balik dari kenyir, minggu seterusnya plan pergi camping, camping dekat - dekat je mana lagi The Nahara la sampai owner pun dah kenal

Bayaran:
Bermalam RM15/seorang
Tapak Khemah RM25

Jadi total untuk kami sekeluarga RM55, kanak-kanak percuma lagi setakat ni, sebab firash 4 tahun, farrel 3 tahun. Kami sampai agak lambat, cadangnya pukul 7 nak gerak dari rumah. Terbangun dah terang hahahaha ampunnnnnn. Bangun terus gerak menuju destinasi


Sampai je, port favourite dah kena amik jadi pasang khemah tempat lain, tapi rasa macam port baru ni macam lagi better dari sebelum ni macam lagi strategik untuk aktiviti malam(memancing), siap pasang khemah FM pun tinggal kami dia pegi layan hobi memancing dia.

Mima & Kids kami tukar baju, mandi puas - puas dah lapar naik masak pancake lepas tu mandi balik. Cuaca elok, hujan kejap je lepas tu panas balik.air sungai sejuk gilaaaa. Betul - betul depan khemah tu turun sikit sungai. sungai depan khemah pulak tak banyak batu. dah macam swiming pool.


Ada penambahbaikkan,
*Tempat sink basuh pinggan upgrade
*Lampu banyak waktu malam
*Parking Area jalan dah cantik
*Kedai upgrade
waktu malam banyak lampu
Cuma The Nahara,kalumpang ni banyak lalat, kami pun tak da solution lagi untuk masalah lalat ni, tapi pekerja dorang bagi tempat lekat lalat tu tp still lalat tu banyak sangat. Malam lalat takda. Kalau pegi sini better bawak bekas makanan yang bertutup, semua makanan yang dah masak & nak simpan masuk dalam bekas bertutup terus.
Malam, 4 Beranak duduk tepi sungai, memancing. mima mancing sampai pukul 12malam lepas tu tak larat dah nak berjaga sebab seharian tak tidur, masuk khemah terus lena. Sini malam sejuk.dapat satu tips untuk tidur lena sepanjang malam

*Jangan tidur langsung time siang

Bangun pagi jalan-jalan dalam the nahara sementara kids tak bangun lagi. budak ni bangun je aktiviti biasa, mandi makan mandi makan

pack barang dan balik semula ke subang

Back to reality
Repair iphone/ipad/imac dengan FM >> Core.stdio
Buat Photobook Dengan mima >> Ohsweetland
Beli barang UK/US Dengan mima >> Myslondongallery
Berkongsi rezeki yang ada walaupun sikit >> Projekkongsirezeki

Next maybe nak try camping tepi pantai pulak

Comments

URGENT LOAN said…
Do you need Personal Finance?
Business Cash Finance?
Unsecured Finance
Fast and Simple Finance?
Quick Application Process?
Finance. Services Rendered include,
*Debt Consolidation Finance
*Business Finance Services
*Personal Finance services Help
contact us today and get the best lending service
personal cash business cash just email us below
Contact Us: financialserviceoffer876@gmail.com
call or add us on what's app +918929509036

Popular posts from this blog

Senarai barang-barang bayi baru lahir dan persediaan berpantang

Assalamualaikum Hye semua Ari tu mima ternampak kat instagram ada akak ni share list untuk baby baru lahir :) jadi mima pun mintak satu copy. mengada kan? padahal boleh je cari kat google image.huhu Untuk senarai di atas sebenornye tak de lah semua benda kt kena beli. beli ikut keperluan jugak tapi dorang dah listing just ko pangkah la mana yang ko tak nak...mudah mudah mudah.com Disebabkan mima ni anak last (bongsu) jadi akak2 yang dah beranak mewariskan sesikit keperluan baby... Alhamdullilah JIMAT! dan alhamdullilah ade client yang berhati mulia bagi hamper barang2 baby....wahhhhhh JIMAT! penjimatan berganda2 korang bole copy je gambar tu secara percuma :) sebab mima pun copy saje..... Happy Happy, FM pun dah tempah set tilam baby kat kawan dia cantik dan comel... kalau berminat boleh la buat tempahan FB: UR Babies set tilam macam atas ni COMPLETE SET Tilam : 28" x 38" x 2" Bantal Kepala : 13" x 10" Bantal Peluk : 17" x 8"

Thermomix | Mula Mula Jadi Advisor Thermomix

Assalamualaikum, So sebab kan memory kat mna2 pun dah makin low & sayang gambar bakal hilang so better la kita letak kat sini as a memori selama lamanya  Mima berkerja dengan myslondongallery, disebabkan pendemic ni segala sale pun kureng so apa je peluang untuk making money kita cuba la explore. Actually kita tau pasal TM6 ni dari tahun lepas lagi tapi belum dapat nur So one day my boss anis & business partner in crime mami pon dorang bincang berdua & start TM6 Advisor Journey. Ok disebabkan my boss anis duk nunnnnnn jauh di jamaica, with time difference jadi mima la wakil dia di malaysia ni. Lagipun mima memang zero bab masak ni, nak hadap super lazer husband yang always masakan dia THE BEST dengan kata lain malas nak gadoh dan malas nak pertikaikan benda kecik ni. hehe Sooooooo ceritanyaaaa One day mami pon text "esok free boleh jumpa dekat HQ" so begitu la startnya register as Advisor. Tak tau ape Kak Anis plan but paham dia punya roller coster plan dannnnnnn

Norwex ni mahal, Harga Kayangan | Macam mana mima mula jadi consultan NORWEX

 Hye, Assalamualaikum Nak sharing cerita macam mana mima mula register NORWEX & jadi salah seorang consultant NORWEX ni. Ok kita cerita dari mula, Sekarang mima dah bukan lagi suri rumah tapi bekerja jadi one of the team Myslondongallery, Kiranya mima bekerja dengan "Personal Shopper" untuk bawak barang dari oversea ke malaysia. nanti korang boleh pegi ke group GENG CUCI MATA k untuk yang berminat nak beli barang branded original dengan harga kasih sayang. OK, bila start musim covid our biznes pun turut terjejas ye. Terjejas dan terkesan teruk tapi kami still positif dan berharap hal covid ni berlalu cepat dan pantas untuk kami bangkit dan recover. Macam tu la berniaga. Mima banyak belajar hal Biznes sambil bekerja dengan MLG ni. Start dengan NORWEX ni sebab our big boss memang fikiran dia macam ROLLER COASTER. tiba-tiba October dia mintak detail untuk register & kami macam biasa just follow the flow without knowing NORWEX tu ape? kami team MLG kenal NORWEX ongoing s