MAJLIS DOA SELAMAT

Assalamualaikum
hiiiiii

ikut adat negeri sembilan. akan ada kenduri melenggang perut untuk ibu mengandung 7bulan. jadi bila cukup 7 bulan. mak pun ingatkan banyak kali untuk buat majlis doa selamat sikit. mima memang tak ikut adat sangat jadi kita buat majlis doa selamat je. mintak selamat kandungan ni dan selamat bersalin.

majlis mula pukul 11.30am sampai pukul 1.30pm dah habis da. dan sempat jugak pergi jemputan kenduri kahwin jiran sebelah.
Daddy to be ni siap pakai jubah dari mekah(banyak kali okeyh dia mention dari mekah!!) adehai...... dan alhamdullilah semua berjalan lancar. sebab majlis pun kita buat simple je. thanks to balang sebab pegi booked kan catering dan sponsor khemah....hiiiiiiiii thanks a lot.

Masa ni kita ada pangil bidan jugak tengok kan kedudukan baby. bidan cakap kedudukan baby alhamdullilah elok. memang cantik kedudukan dia. mima dapat rasa kepala, kaki,siku baby.  kalau kita sendiri nak tekan2 perut ni memang tak berani la kan..

Untuk tetamu yang datang. terima kasih

Thanks sudi baca
by mima

Comments

Popular Posts