Skip to main content

Travel 2016 | Rockbund Fishing Chalet

Hye Korang,
Assalamualaikum

Rata-rata semua orang dah plan bercuti untuk 16/9/2016 hari malaysia. FM reminder tanya nak pegi mana-mana tak. cuti dari hari jumaat - ahad. Duk bukak FB tengok orang post pasal tempat ni Rockbund Fishing Chalet, Jadi mima pun google la untuk cari more info. Lepas tu check booking.com tengok ada kosong ke tak.

Kebetulan ada kosong satu bilik untuk tarikh tu jadi whatsapp FM untuk confirm kan booking tempat tu hah. memang selalu urusan booking membooking ni kerja mima la.Tapi duit FM ler hehehehe. Pastu bila FM cakap ok. mima pun terus booking je

Tempat ni kalau rate cuti sekolah & weekend untuk satu malam MYR 380, kitaorang ambik untuk 2 malam. Jeling FM ok tak ok tak sini. FM cakap tak pa la penat keja sekali sekala nak bercuti, bercuti betul-betul.

Beberapa hari sebelum nak ke RFC , FM tanya nak tukar tempat tak ke PD ke ceyh ceyh padahal orang tu dah excited sangat sampai beli 4 pancing. lagipun banyak kali FM cakap nak pancing nak pancing tapi tak de pancing acana nak memancing nye ntah

Sebelum sampai ke RFC kita singgah dulu di manjung untuk beli umpan. kalau waze " A2A " akan keluar a2a fishing shop, memang rata-rata orang kalau nak mencari umpan udang hidup memang dorang ke sini, ada jual peralatan memancing dan FM cakap murah

Kemudian kita terus je ke RFC. Dorang bagi first chalet hahahahahaa ala takmo takmo kami nak chalet hang belang-belang tuh, nak feeling Ausie hahaha tapi harapan punah lagipun FM takmo layan mima nak mintak tukar chalet tu lagipun PENUH ye PENUH.

Sebelum bergerak dari KL kita mintak mak masak sambal sadin dan telur dadar, jadi tu makan malam kita lah dengan angin sepoi -sepoi gitu kan. cakap dalam hati tak pa lah tak dapat chalet belang-belang. Dapat datang sini pun syukur suda

RFC ni tempatnya tak luas pun tapi dikira macam private jugak tapi orang ramai boleh masuk mungkin sebab tempat ni tengah viral jadi orang jadi tempat port bergambar, tapi hati-hati pkul 12pm guard tutup pagar sebab tak nak bagi orang luar masuk memancing sini. luar pagar boleh memancing tp kena bayar gitu

Kebanyakkan yang datang sni check in satu malam je. jadi jiran sebelah bertukar-tukar gitu. haha sapa suh duk lama-lama kat situ kikikiki

Satu chalet ada 2bilik, max satu chalet tu 8orang tau kira berbaloi buat yang datang ramai-ramai. tapi tak berbaloi la kalau satu rumah tu ramai pemancing. bayangkan fm je 4pancing, jiran sebelah lagi kalau satu rumah banyak kaki pancing ha sudah! sempit haha

2 malam kat sini fm dapat ikan kerapu bodoh (bodoh sebab takut nak makan sebab orang kata ada bisa) , ikan pari dan baby shark. tapi yang baby shark tu kami bagi lepas balik la sebab kecik lagi kan. Feedback FM dia kata berbaloi la sebab dia pun tengah kemaruk nak memancing jadi dari dia sampai tak ada nya dia bergerak ke mana-mana. kat tempat memancing tu je hah

Info
KEDAI BELI UMPAN HIDUP
A2A Fishing Sport - boleh waze A2A, kedai ni kat manjung

ADA IKAN KE KAT SITU
Memancing ni pada mima ikut luck jugak. Jiran sebelah dapat ikan siakap besar oo memang rezeki dia. tapi memancing situ kena bawak banyak batu ladung sebab pancing asik sangkut

BOOKING CHALET MACAM MANA
Boleh try di booking.com atau call/whatsapp +6016 559 0488


ok jom la layan video, tapi banyak muka mima la hahaha

Comments

Popular posts from this blog

Senarai barang-barang bayi baru lahir dan persediaan berpantang

Assalamualaikum Hye semua Ari tu mima ternampak kat instagram ada akak ni share list untuk baby baru lahir :) jadi mima pun mintak satu copy. mengada kan? padahal boleh je cari kat google image.huhu Untuk senarai di atas sebenornye tak de lah semua benda kt kena beli. beli ikut keperluan jugak tapi dorang dah listing just ko pangkah la mana yang ko tak nak...mudah mudah mudah.com Disebabkan mima ni anak last (bongsu) jadi akak2 yang dah beranak mewariskan sesikit keperluan baby... Alhamdullilah JIMAT! dan alhamdullilah ade client yang berhati mulia bagi hamper barang2 baby....wahhhhhh JIMAT! penjimatan berganda2 korang bole copy je gambar tu secara percuma :) sebab mima pun copy saje..... Happy Happy, FM pun dah tempah set tilam baby kat kawan dia cantik dan comel... kalau berminat boleh la buat tempahan FB: UR Babies set tilam macam atas ni COMPLETE SET Tilam : 28" x 38" x 2" Bantal Kepala : 13" x 10" Bantal Peluk : 17" x 8" ...

SHOPBACK | Sambil Shopping Online Dapat Cash Back

Assalamualaikum Hari ni mima nak share pasal SHOPBACK, mima ternampak shopback ni masa mula-mula nak buat biz printing photobook, yes mima guna voucher dari LAZADA, 11st or PHOTOBOOK MALAYSIA. Mima tak kesah nak bagitau pasal voucher sebab memang murah & disini kita jual servis buat photobook kalau nak jimat lagi buat sendiri. Back on track, tiap kali mima beli voucher mima akan dapat cash back tak banyak pun kadang 1sen, je pun tapi korang tau kan sikit-sikit lama-lama jadi? so nak dijadikan cerita mima dah dua kali widraw duit dari SHOPBACK dan mima transfer masuk ke ASB as simpanan geli-geli hehe Ala tak rugi pun nak daftar dengan SHOPBACK ni, untuk akak-akak yang selalu beli online shopping helok la daftar DAFTAR SINI >> SHOPBACK Ni mima nak share cara withdraw duit shopback ni bukan tipu pun, kang ada yang pikir tipu & tak percaya pulak. Takut nak daftar sebab macam scammer je. Nilai la sendiri. Boleh nampak kat atas tu duit terkumpul, mima dah 1tah...

1st GIVEAWAY "moment to be remember"

Hye Semua, okay kali nie mima pulak nak buat Giveaway... Ni kali pertama mima buat sebab ade sponsor dari FM theweddingphotog ... tanpa dia xade lah Giveaway nie... So kawan-kawan.... Anda semua dijemput untuk join giveaway nie dengan SYARAT-SYARAT dan TERMA yang ditetapkan... [alamak aii macam serius je bunyi kan] Jadi follower blog mima sebab nanti senang kalau ada apa-apa update tentang giveaway nie.... Add FM di FB beliau -->   Fariz Muhazir Theweddingphotogs   Letak GAMBAR anda dan pasangan yang paling romantik dan menarik tertarik kau memang d'boMM Letak Picture GiveAway diatas dalam Post Entry anda dan di SideBar Dan mintak sangat sangat link kan balik ke blog mima okeh... Sila tulis ayat yang boleh membuatkan anda menang " Saya perlukan giveaway ni sebab.............. " Tingalkan link post entry dia bahagian comment Terima kasih untuk sesiapa yang menyertai pertandingan nie...Tarikh tutup adalah Pada 31 MAY 2011 bersamaan pada hari SELASA..... Hadiah...