Skip to main content

Travel 2017 | Campsite Kem Sungai Pauh, Cameron Highland

Assalamualaikum,

Nak tulis tapi tak ter tulis-tulis idea entah kemana. Mungkin mood cuti beraya masih segar di ingatan. Porahhhh... Lepas dari pergi campsite PD. Memang camping di bulan puasa "its a bad bad badddddd idea" sebab bila sampai rumah nak kena ngemas balik barang camping. Baru datang penyesalan hahahahahaha


Lepas tu FM bagitau kawan dia ajak camping ke Cameron Highland. Punya lah excited orang shopping raya kita shopping barang camping. Even balik dari kampung pun sempat singgah Decathlon beli jaket ( Babies' Hike 200 Waterproff Hiking Jacket Brown) budak berdua tu

Ok sambung cerita pasal camping balik, Kitorang Gerak pukul 3 pagi dari subang terus ke Perhentian Tapah. Pit stop pertama sebelum nak sambung balik perjalanan ke Kem Sungai Pauh. Masa dari Subang ke Tapah tu ok lagi. Masih boleh bertahan duk sebelah sambil tertido-tido jugak

FM kata dia larat lagi dan tak sabar nak sampai jadi terus sambung perjalanan. Gelap lagi oi pukul 5 tapi FM kata tak nak rushing nak slow-slow. Kita pun sambung tido balik sampai terdengar FM berdenguh Haaaaa gi terjaga dari lena ku terus. Ngantuk katanya. memang masa tu rasa ngantuk dan rasa cepatla sampai. Kita duk sebelah tak berani nak sambung tido memang cari gaduh.

Dan akhirnya pukul 7pagi kami check in Kem Sungai Pauh. terus pasang khemah dan tidur.Tengah hari matahari naik rasa tak selesa memang akan terbangun dan keluar jalan-jalan cari sayur & barang sikit untuk masak

Bukan first time datang Cameron jadi kali ni memang tak pergi banyak tempat pun. memang just nak enjoy camping sajo. Pegi pasar lepas tu terus pulang ke sarang & FM masakkan maggie yang sihat penuh dengan sayur-sayuran



Lepas maggie dia masakkan Sup sayur + Ayam goreng (dah siap perap dari rumah) memang win. Dan akhirnya malam pegang perut sebab terlampau kenyang. hahahaha padan muka diri sendiri.

Aktiviti malam mima dah sesiap save movie dalam iDrive. Just pasang kat phone & Bluetooth dengan speaker travel. Fuhhhh ala-ala wayang jamban muheehehehe


chef kita

Esok pagi-pagi bangun dah terpikir nak makan ape. Aiyooo tak meletup perut tu. Tapi maybe sebab sejuk kita pun asik pikir nak makan apa-nak makan ape.

Lepas breakfast keluar lagi cari barang untuk masak. FM nak mencari ayam untuk buat perap nak buat BBQ.

Resepi Ayam BBQ
Bahan-Bahan
  • Serai dua batang (racik dan ketuk)
  • Bawang putih 3 ulas (ketuk & Racik)
  • Ayam Se ekor siap potong
  • Bawang Sebiji racik halus
  • 2 Sudu Kunyit Serbuk
  • Gula
  • Garam
  • Madu
Campurkan semua bahan ni dengan ayam dan perap. tunggu malam untuk buat BBQ



Selesai BBQ, sambung aktiviti tengok movie dan tidur. Esok dah ready nak kemas-kemas dan pulang.

Kemudahan yang ada kat sini

  • Tandas - Tak berapa nak bersih tapi boleh la dari tak da
  • Pondok BBQ - Ada beberapa pondok kecik untuk kita masak dan BBQ (terhad)
  • Plug Elektrik - Pondok masak yang dekat dengan khemah kitorang tu ade plug jadi boleh la nak charge power bank
  • Surau (coming soon) - under construction
Overall, rasa macam nak pergi lagi sebab cuaca sejuk. tempat camping pun ok. kalau camping ramai-ramai mesti lagi syok & banyak aktiviti boleh buat seperti berborak dari pagi sampai ke malam. hehe



Till we meet again Cameron Highland

Comments

Popular posts from this blog

Senarai barang-barang bayi baru lahir dan persediaan berpantang

Assalamualaikum Hye semua Ari tu mima ternampak kat instagram ada akak ni share list untuk baby baru lahir :) jadi mima pun mintak satu copy. mengada kan? padahal boleh je cari kat google image.huhu Untuk senarai di atas sebenornye tak de lah semua benda kt kena beli. beli ikut keperluan jugak tapi dorang dah listing just ko pangkah la mana yang ko tak nak...mudah mudah mudah.com Disebabkan mima ni anak last (bongsu) jadi akak2 yang dah beranak mewariskan sesikit keperluan baby... Alhamdullilah JIMAT! dan alhamdullilah ade client yang berhati mulia bagi hamper barang2 baby....wahhhhhh JIMAT! penjimatan berganda2 korang bole copy je gambar tu secara percuma :) sebab mima pun copy saje..... Happy Happy, FM pun dah tempah set tilam baby kat kawan dia cantik dan comel... kalau berminat boleh la buat tempahan FB: UR Babies set tilam macam atas ni COMPLETE SET Tilam : 28" x 38" x 2" Bantal Kepala : 13" x 10" Bantal Peluk : 17" x 8"

Thermomix | Mula Mula Jadi Advisor Thermomix

Assalamualaikum, So sebab kan memory kat mna2 pun dah makin low & sayang gambar bakal hilang so better la kita letak kat sini as a memori selama lamanya  Mima berkerja dengan myslondongallery, disebabkan pendemic ni segala sale pun kureng so apa je peluang untuk making money kita cuba la explore. Actually kita tau pasal TM6 ni dari tahun lepas lagi tapi belum dapat nur So one day my boss anis & business partner in crime mami pon dorang bincang berdua & start TM6 Advisor Journey. Ok disebabkan my boss anis duk nunnnnnn jauh di jamaica, with time difference jadi mima la wakil dia di malaysia ni. Lagipun mima memang zero bab masak ni, nak hadap super lazer husband yang always masakan dia THE BEST dengan kata lain malas nak gadoh dan malas nak pertikaikan benda kecik ni. hehe Sooooooo ceritanyaaaa One day mami pon text "esok free boleh jumpa dekat HQ" so begitu la startnya register as Advisor. Tak tau ape Kak Anis plan but paham dia punya roller coster plan dannnnnnn

Norwex ni mahal, Harga Kayangan | Macam mana mima mula jadi consultan NORWEX

 Hye, Assalamualaikum Nak sharing cerita macam mana mima mula register NORWEX & jadi salah seorang consultant NORWEX ni. Ok kita cerita dari mula, Sekarang mima dah bukan lagi suri rumah tapi bekerja jadi one of the team Myslondongallery, Kiranya mima bekerja dengan "Personal Shopper" untuk bawak barang dari oversea ke malaysia. nanti korang boleh pegi ke group GENG CUCI MATA k untuk yang berminat nak beli barang branded original dengan harga kasih sayang. OK, bila start musim covid our biznes pun turut terjejas ye. Terjejas dan terkesan teruk tapi kami still positif dan berharap hal covid ni berlalu cepat dan pantas untuk kami bangkit dan recover. Macam tu la berniaga. Mima banyak belajar hal Biznes sambil bekerja dengan MLG ni. Start dengan NORWEX ni sebab our big boss memang fikiran dia macam ROLLER COASTER. tiba-tiba October dia mintak detail untuk register & kami macam biasa just follow the flow without knowing NORWEX tu ape? kami team MLG kenal NORWEX ongoing s