Travel 2018| Kem Sungai Pauh, Cameron Highland

Assalamualaikum,

Tahun kedua camping musim raya kat cameron highland, Plan gitu-gitu ja just "Daddy pkir jom kita camping minggu kedua raya". Kalau tanya budak-budak ni sah - sah la dorang seronok je. Sebab kan list camping pun dah ada. Preparation pun gitu-gitu je la

double klik utk lebih jelas

Camping List Kami
Tips packing barang untuk berkhemah
1. List barang kena tulis, mima mula dulu banyakkan google list barang camp lagi-lagi nak bawak kids so preparation memikirkan keperluan budak berdua tu hah
2. Jangan packing macam nak bawak rumah sekali
3. Bawak yang perlu,kalau pergi by group bahagi-bahagi barang ape yang nak bawak
4. Keperluan baju kena ikut lokasi camp, tempat sejuk or tempat panas, kalau ada sungai boleh prepare baju mandi
5.First aid, perlu

Tentatif Plan
Day 1
3.00pagi - Bertolak dari subang dalam pukul 3 pagi sebab nya nak santai-santai je bergerak & plannya boleh singgah R&R Tapah untuk makan, membuang & isi minyak

Selesai je semua start bergerak dari tapah naik ke cameron highland, kalau mengantuk helok la tido dulu. tapi kalau larat dan kental boleh la sambung perjalanan sebab jalannya gelap & tak da lampu. Lagi satu gerak pagi-pagi sebab nak elak dari terserempak dengan lori. tau tau la lori kalau naik bukit dia punya slow tu kalah siput



7.00pagi - Sampai campsite sungai pauh, cari spot mana yang sesuai & berkenan kat hati & boleh la terus pacak khemah. Untuk ke camp ni korang kena booking dulu tau sebab nya kalau ade event tempat ni penuh, tapi kalau takat 4 orang tu tak yah booked pun tak pa.  Menyelit la mana-mana ruang yang boleh nyelit ni situasi (in case)

Haziq 017-9683072
Jalil 017-4072403

***Tips Bawak Budak
Masa dari tapah nak naik ke cameron tu seeloknya budak-budak korang suruh dorang tidur sebabnya jalan ke atas tu pening belok-belok, first time naik ke atas ni dah cuba kids berjaga sebab dorang excited sangat sudahnya kat camping muntah-muntah

Baru beli khemah, tapi ni khemah summer, layan je la abg adik 

Naseb baik masa pagi kitorang sampai tu banyak lagi spot yang best tapi kena menunggu orang yang nak balik unpack khemah dorang, sabar menunggu sambil tu boleh rehat - rehat. Penat jugak bila kaki tidur terpaksa bersengkang mata teman driver heeee.......


Once dah boleh start pasang khemah, kami anak beranak tidur. Zzzzzzz........

Bangun tengah hari, keluar pegi Golden Hill , tempat pasar malam baru. Percutian budget kan jd kami beli sayur je la, barang ayam, bawang semua dah pack dari rumah


Lepas dapat sayur kami turun bawah lagi ke tanah rata cari beras(tertinggal) & cari periuk besar skit. Harga barang kat cameron ni harga normal je, tak da la jadi 2kali or 4kali ganda harga kat bawah sana

Lepas dapat semua barang







Pulang ke campsite, masak menu tomyam dan telur goreng , ofcoz la tukang masak MR.Daddy
makan, layan phone, kids bermain-main ngan jiran sebelah then tido.

Untuk yang suka berjalan-jalan area campsite ni dekat dengan Abang Strawberry, boleh jalan kaki je ke situ

Malam boleh pegi pasar malam cameron memang meriah. tapi buat kami yg bukan kaki membeli lepak kem makan tido makan tido


Day 2
Makan tido Makan tido
Hari kedua ni baru kitorang bayar tapak sebab orang collect tu hari first kitaorang sampai tu dia tengah mengemas sampah-sampah


Bayaran:
untuk 2 malam
2x2malam Orang Dewasa RM4
2 malam Sewa tapak RM20
Total RM24.00

belakang mima tu surau baru

Kat sini malam memang sejuk, Untuk yang tak tahan sejuk mesti kena bawak sleeping bag , stokin & beli la baju warmer ada jual dekat decathlon. malam yang kitorang tido ni 18c

Dan lagi satu kat sini kerap hujan, so better bawak baju hiking water proof macam mima & kids pakai ni atau boleh pakai baju hujan la. hujan pun jenis kejap-kejap je tapi memang kerap hujan

Day 3
Bangun Breakfast cum makan tengah hari
Kemas khemah relax-relax
kids mintak mandi sungai
bergerak balik ke subang



Kemudahan Yang Ada Kat Sini
*Surau (Baru)
*Tandas
*Plug
*Tempat basuh Pinggan (Baru)
*Kawasan Berpagar
bawak extension untuk share plug dengan orang lain jugak
ni kemudahan baru, tempat basuh pinggan ada 3 sink macam ni. nampak tak blkng tu yg pink tu toilet perempuan

Untuk yang nak pegi mana-mana, nak tinggal kan khemah tu pada mima tak da masalah apa pun, korang boleh je tinggalkan khemah dan pegi mana korang nak, insyallah tak da apa yang hilang cuma jangan la tinggal barang-barang berharga. Tapi haritu mima tertinggal phone dalam khemah selamat je.

Yang mima share ni cara jimat, untuk tempat tidur dan korang boleh seacrh tempat menarik kat cameron highland ni. Banyak tempat menarik dan cantik dan makanan yang korang kena cuba kat cameron higland ni

Cameron highland, nanti kami datang lagi

Comments

Popular Posts