Skip to main content

Posts

Bila mummy cakap JOM Keluar tp tak keluar jugak

yuhu kah kah kah... tengok la perangai dua beradik ni, mima rasa semua kids memang begini tau memang kalau nak keluar rumah tu sepatutnya kau sendiri kena ada strategi. kena bersiap diri sendiri last skali baru siap kan kids, kalau tak jadi gini la ni mummy keluar masuk mandi, pkai baju bersiap semua memasing dah mintak dukung sebabnya memasing takut kena tinggal.hahaha yang gambar tu mamy nyakat la skit, OK BYE BYE, terus memasing drama ^Tq sudi baca

Happy Birthday Farrel Turn 1

yuhu memang jenis pemalas, pemalas nak update blog wei walaupun tak da orang nak baca tapi mima ni spesis yg suka trowback. Boleh tengok balik cerita2 lama gituw. Tapi selalu malas update blog haha Hal Birthday si farrel ni pun dah lambat nak update, "maapkan mummy" yang penting selamat hari jadi, semoga diberi kesihatan yang baik, selalu owsem & berjaya dunia akhirat. Masa ni kesian si byash sebab dia dah paham pastu duk berangan nak amik gambar dia skali haha, punye la dia merajuk buat perangai la, naseb birthday boy yang satu ni mudah terhibur ^Tq sudi baca

RESEPI WAFFLE

Assalamualaikum, Hye Resepi ni nak tulis dalam blog supaya nanti senang nak cari balik, nak tulis dalam buku almaklumlah buku ni memang tempat untuk menconteng cukup tahun buang. tukar buku baru. firash makin membesar dan dia dah mula makan makan makan jadi seronok la nak masakkan dia itu ini walaupun dia jenis takut nak masukkan ape-ape dalam mulut.kena buat demo dulu kunyah kunyah kunyah baru dia nak makan Waffle Mudah Dan Sedap kiraan pakai cawan Bekas 1 2 cup Tepung 2 cup Susu segar 1/2 cup tepung jagung 2 telur kuning separuh butter yang dah dicairkan(double boil) 2 sudu gula kastor secubit garam Bekas 2 Putih telur dipukul sehingga kembang Cara-cara semua bahan dalam bekas 1 tu dipukul sehingga sebati, kemudian campurkan dengan Bekas 2 dibalik balik kan sehingga puas hati Panas kan waffle macker, masukkan dalam acuan & taraaaaa tunggu dlm 5min siap dah boleh makan

Summit Signature, Batu Pahat Johor

Assalamualaikum, Hye Summit Signature, Batu pahat. kali ni kita duduk dekat sini pulak, jarang sangat kalau nak duduk di hotel yang sama kalau travel ikut FM job luar kawasan ni. sebab jom lah kita cuba duduk kat hotel lain-lain kan dan boleh review mana best. Untung nya kali ni hotel ni baru je bukak & ada floor yang tak siap lagi bilik, macam biasa booking kan booking.com sahaja dan mima tengok dapat harga promosi. terus je booked dan proceed Summit Signature Hotel Batu Pahat 88, Jalan Bakau Cinding, 83000 Batu Pahat Johor Darul Takzim, Malaysia 07-432 2266 www.summithotel.com.my Hotel ni bersambung dengan mall tau, jadi untuk makan ke dah mudah dah, cuma lokasi hotel ni di town jadi parking kena mencari jugak la kalau nak park dekat bawah atau kalau nak mudah boleh park dalam mall je.disebabkan mima x suka sangat park mall kena berpusing-pusing naik ke atas tu yang tak best takut. View dari bilik cantik, boleh nampak town batu pahat dari tingka...

Pelican Hotel, Batu Pahat Johor

Assalamualaikum, Kerja-kerja chek-in dan survey hotel ni memang dah diserahkan sebulat nya kat mima. dengan ada apps booking.com memang kita bukak dari situ je.mudah hanya masukkan info yang diperlukan dan search kemudian pilih lah yang sesuai dengan budget kita. 25/12/15-27/12/15, FM job di batu pahat jadi kita pun booking di Pelican Hotel,Batu pahat memandang kan budget dalam rm300.00 jadi mima pun booked kat hotel ni rm250.00 untuk 2hari. Kita check in awal kali ni sebab gerak dari subang awal, FM pulak tak tidur dari malam sebab nya banyak customer repair hp, repair ipad, upgrade macbook. Alhamdullilah rezeki kan. jadi mima take over drive dalam 20km je...hehehe FM pun tak boleh nak tidur kalau mima drive kata nya tak stabil. memang la kita kan baru lagi baru lesen P. pastu dia kata bile nak sampai kalau bawak slow macam ni. huhi terus kita berenti R&R bagi FM tidur. Sampai je check in hotel, kemudian masuk bilik terus order makan, lapar lapar lapar...

Impian 2015

Assalamualaikum Hye korang Sebut pasal impian tahun ni baru la rajin nak tulis dalam note. ehem boleh senyum ke telinga sebab ada yang di impikan tu dapat. taniah kat diri sendiri. clap clap clap walaupun yang dicapai tu kalau nak banding kat orang lain kecik je pun penutup tahun 2015 ni, mima tengah amik lesen kereta untuk diri sendiri, senang nanti merajuk boleh terus lari balik kampung wakawaka selama ni kalau merajuk lari dalam bilik duk senyap-senyap jadi batu.merajuk tu biasa la kennn so dalam list impian 2015 tu ada 3point, yang dah capai dua. yang satu belum mampu lagi nak reward diri sendiri. insyallah bawak ke tahun depan la ye yang satu itu. kot la ade org nak bagi hadia ke kan. jgn nak verangan verangan. ^thanks sudi baca doakan kita berjaya

Shell Out Dirumah

Assalamualaikum Hai, memang lama tak update blog. bz? mestilah dengan nak layan dua orang budak yang sedang membesar. jangan harap ada waktu rehat, kalau ada pun curi masa masa diorang tido. fuhhhhh kalau la jadi suri rumah ni bergaji, memang dah kaya raya mima. Ok. memandang kan kita ada dua hero dan kes budak hilang makin banyak, jadi kita nak keluar pergi makan pun tak tenteram sangat lagi-lagi yang byash memang tengah nak explore the world, jangan berangan dia akan duduk dalam kerusi sambil makan. sobbbb...... FM jenis rajin masak, kau sebut je nak makan ape confirm dia balik kerja singgah market beli lauk pastu pulang kerumah terusssss ke dapur. Kali ni kita cuba mintak shellout, yang tengah famous makan atas meja tu, seafood dia masak-masak peh tu terus letak atas meja. macam cool kan. Bayang kan kalau bawak byash dan nak pegang farrel lagi, tak ke mima macam sotong kurita, xpun kadang boleh berubah terus jadi tarzan. Maaf skit mima kalau bab anak memangggggggg tak mau...